SO, aku memang ketinggalan zamanlah kan, baru semalam tau pasal berita penjenayah2 siber tu..(perghh BM), okey, aku tak buat conclusion apa-apa dulu pasal dioranglah, bila aku baca kat Facebook yang agak ramailah jugak yang support tindakan diorang2 ni...aku x buat conclusion apa-apa lagi, sebab maybe, maybe ada sebab munasabah kenapa rakyat Malaysia support diorang, so aku buatla research kat Wikipedia, tengok video yang bagi warning tu kat YouTube..then aku diselubungi seribu satu persoalan....patutke kite support diorang?
1st skali, diorang hantar message through video kat Malaysia, bgtau yang diorang warning awal2 kat kerajaan yang rakyat patut diberi kebebasan bersuara, and kebebasan internet kita x patut disekat. Diorang claim yang segala media ni tak patut ada censorship dr segi apa-apa pun...Bayangkanlah ye, kalau Malaysia memang bebas sebebas-bebasnya....kite bebas untuk download apa-apa movies yang kita nak (wooohoooo), kita bebas nk kritik pemimpin negara yang kita tak puas hati, blablabla...sumer tu mungkin seronok untuk kebanyakan daripada kita, tapi...selain tu, rakyat bebas mengkritik agama atau kaum lain dengan terbuka, bahasa untuk komersial memang x terkawal dh, poster dan iklan rated X ada di mana-mana-menggantikan iklan-iklan Wall's Cornetto di dinding bas..rakyat bebas untuk buat protes kat mana-mana, pada bila-bila masa....
Akibatnya? Akhlak runtuh, budaya timur yang atuk nenek kita bangge2kan dulu hilang, persepaduan rakyat yang membezakan negara kita dengan negara-negara lain kat luar punah camtu je kan? Kite tengok negara lain, negara yang kebebasan dia lebih banyak daripada kita, pastu kita komplen, "%&^$# ah Malaysia!" Kenapa nak compare, sedangkan memang sesuailah censorship diadakan kat Malaysia memandangkan kita negara Islam. Perlu ke dibandingkan dengan negara-negara luar tu? Cube search kat Wikipedia pasal diorang, and tengoklahh,bacelahh aktiviti-aktiviti diorang before ni.Contohnya apa yang diorang buat kat McKay Hatch, dan juge YouTube Po*n Day..dan banyak lagi...
Meh kite bayangkan effects dia..setakat ni dah 51 websites kena attack, bayangkan kalau diorang masuk website Malysian Defence..bocor sgale maklumat ketenteraan and pertahanan Malaysia..pastu disebarkan kat negara-negara penjajah...sejarah berulang kembali, cuma pada era yang berbeza, teknologi berbeza..
Wajar ke kite support diorang, hanya sebab kita nak download movie secara free, pertahanan negara kita ambik remeh, seolah-olah kita ketawakan kerajaan Malaysia bersme-sme diorang2 ni...
3 comments:
sokong kau...
:D hee
like~
Post a Comment