Kadang-kadang kalau text orang, kita slalu guna smiley kn, kn? Aku suke letak :) atau ;D atau nak menampakkan lebih bahagia, :DD, kalau gembira sbb ketawakan org lain: X)
Tapi, tak semestinya smiley tu betul-betul bermaksud yang aku tgh happy. Just suke2...
Tapi ada banyak benda yang buat aku rase betul-betul gembira, especially kebelakangan ni:
1. Pagi yang lancar...
-Aku riangriangriang satu hari penuh kalau pagi aku start dengan flow yang lancar. Maksudnye, bangun pagi je mata ringan semacam, lagi best kalau aku bangun pagi lagi awal drpd roommate aku (rasa macam satu kejayaan), bila toilet macam disediakan untuk aku sorang, tengok muka licin xde jera**t (:D), tengok jam, "wah2 ada stengah jam lagi" jadi boleh minum milo tanpa membuatkan lidah melecur. Komfem ah satu hari korang akan muak tengok muka sengih aku untuk hari tu.
2. Lecture yang difahami...
-Aku riangriangriang satu hari penuh ditambah ngan mata berkilau-kilau kalau lecture untuk satu hari tu aku faham dari A sampai Z. Aku akan rasa penuh inspirasi hari tu. Buatlah lawak bongok atau pandai...korang akan dapat respon yang positif daripada aku hari tu. Sebab? Sebab lecture yang difahami buat aku girang. Kalau sebaliknye? muka aku akan riangsikit+pasrah+dahi berkerut ditambah ngan mata pudar kalau lecture untuk satu hari tu aku tak faham dari A sampai Z. Buatla lawak macam mana pun..korang akan dpt ketawa separa hambar daripada aku.
3. Buat orang senyum...
-Aku riangriangriang selama beberapa jam kalau bila jalan dan senyum kat orang randomly, orang tu senyum balik. Rasa bahagia dapat jangkitkan senyuman kat orang lain. Tapi kalau aku senyum, orang tu pandang slack, hmm aku riang lagi kot sebab aku tau hidup aku lagi bahagia daripada dia :D lalalalala~
4. Tulis order makanan kat kafe...
-Dah jadi satu kemestian, kalau nak order makanan kat kafe kolej 12, kena tulis sendiri atas kertas kecik yang disediakan. Teori kitorang, untuk dapat makanan dengan lebih cepat, kat tepi kertas tu kitorang akan lukis orang dengan mulut terlopong dengan dialog, "Kami lapar~" Taktik ni jangan bocorkan ye...hahahaha
5. Tersadung tangga bila sorang-sorang..
-Part ni kalau tersadung berguling-guling takdela aku riang tapi kalau aku tersadung satu anak tangga time xde orang, aku akan gelakkan diri sendiri sebab rasa diri sendiri bengong. Kalau tengah rushing pon boleh hilang tension..Tapi kalau ada orang, err...macam dah selalu jadi je kat aku..kalau orang tu aku dah biasa, aku ok lagi kot ;X
6. Hari aku spend dengan mama sahaja..
-Hmm..aku sukesukesuki bila pegi 'dating' ngan mama..:)) tak kesahla buat apa pun, bayar bill ke, pergi pasar ke, haha, aku rasa bahagia sangat. <3
7. Bila aku tipu orang benda bengong, orang percaya jugak..
-Bila aku berjaya tipu orang macam ni, slalu buat aku terfikir, "muka aku ni baik sangat ke?" hahaha. Contohnya aku pernah tipu Shikin ngan Amir, aku amek habuk pemadam pastu cucuk guna pensel, pastu aku cakap kat diorang "korang pernah tengok ulat kertas tak?" ...& memang aku tak sangke yang diorang percaya..X)
Lagi satu,lagi satu...bila Ainil nak datang UM, dia tanya aku;
Ainil: Tetamu boleh pakai jeans tak?
Aku: Tak boleh..kitorang sume pakai track suit je..
Ainil: Kalau aku pakai ape jadi?
Aku: Kolej kitorang punye senior garang-garang...
& Ainil percaya...X) hehehe
* Jangan salah interpret ye...aku tipu untuk gurau-gurau je...aku bukan PEMBOHONG BESAR,ye..Afiq Fikri..
(to be continued...)
5 comments:
bwahahaha ko kejam dowh~aku n amir pecaya bulat2, "ulat kertas o.O ??eihh!"..hahaha sampai aku rasa sia2 blajar pasal binatang time darjah 1 dulu XD..
aku aku xpkai tracksuit ek!!!
hahha... naseb baek aku xpnah kna tipu ngan ko...
part tgok jeraw*** pagi2 tu x boleyh blah btol...
haha~kt france ley gne taktik kw x nk mkn cpat..??
Ckin: naive...hahaha
Ainil: hahahaha tp still,lwk gile kau pecaye! hahahahaha still kau x bwk jeans en..hehehehe ;D
Nadhirah: sbb kau lg suke menipu drpd aku..
Husni yeah!: bole jer, dlm bhse france la hahahah
Post a Comment