Monday, August 27, 2012

Eh eh dah raya

Assalamualaikum




Kejap je kan dah masuk bulan Syawal? Kalau untuk aku yang banyak masa lapang ni pun dah kira sekejap, apetah lagi untuk mereka yang sibuk sepanjang bulan Ramadhan, kan.
Janggal sangat ke bunyinye aku guna Bahasa Melayu ni? Takdela janggal mane, kan? Aku ni melayu jugak, okey. ;P
Banyak yang kita semua lalui sepanjang Ramadhan, pahit, manis, kelat, masam, semua tu harap2 dijadikan iktibar. Bagi aku, masa bulan Ramadhan dan bulan Syawal paling banyak kot dugaan.
Ya, bagi orang yang kenal aku, aku memang bukan jenis suka bagitau orang perasaan aku. Contohnye kalau aku berdendam dengan kucing jiran, ataupun kalau aku suka pakcik yang jual lemang, ataupun kalau aku sedih sebab selipar aku hilang orang curi. Hmmm.. Kenapa eh? Mungkin sebab aku xnak orang lain rasa apa yang aku rasa, mungkin aku tak berani nak percaya dekat orang lain, mungkin tula cara terbaik untuk aku lupekan sume bende? Haha sorilah aku memang kompleks sikit.
Tapi kan, aku bersyukur sangat sebab Allah tak jauhkan aku daripada mengingati Dia. Ada orang yang bila dilanda ribut, dia lupa yang dia masih ada Allah, dan dia putus harapan dengan semua perkara. Hmm..biasalah tu, mungkin aku pun pernah jugak macam tu satu masa dulu.
Tapi kawan-kawan,abang kakak, pakcik makcik, ni nasihat untuk awak dan saya sendiri (sopan dah..haha), dunia ni sekejap je, pejam celik pejam celik,pejam.. satu hari nanti kita takkan celik2 dah sampailah tiba masa untuk Allah bangkitkan kita balik. Dugaan dan cabaran tu memanglah manusia biasa macam kita ni kena tempuhi, sebab Allah nak tengok layak ke kita untuk jadi ahli syurga-Nya nanti. Yelah, kan sabar tu separuh daripada iman..

Kadang-kadang orang lain yang jadi dugaan untuk kita. Bertimbun-timbun kita buat baik, naik lemak pulak dia. Hahahah...tapi kalau nak mulia di sisi Allah, abaikan tu semua..sabar jelah, dan cuba maafkan dia. Ada satu ayat Al-Quran yang bermaksud:

"All the Messengers whom We sent before, certainly, ate food and walked through the streets. We have made some of you (people) a trial for the others. Would you then exercise patience? Your Lord is All-aware." Surah Al-Furqan: 20

Masa aku baca ni tersentap jugak tiba-tiba. Memang kena pada waktunya. Alhamdulillah, Allah bagi petunjuk. Takde guna kita nak marah-marah, semua tu kan amalan syaitan. Kita taknak jadi kawan syaitan kan? Nak mengadu apa-apa, mengadulah dekat Allah. Sesungguhnya Dia Maha Dekat. Dalam surah Qaf, ayat 16:

"We verily created a man and We know what his soul whispereth to him, and We are nearer to him than his jugular vein."

MasyaAllah.

Hmm sempena bulan Syawal yang mulia ni, aku nak susun sepuluh jari memohon maaf untuk semua dosa yang aku pernah buat dekat sesapa yang berkenaan, kalau2 aku tak sedar aku pernah sakitkan hati sesiapa, kalau aku bergurau tak kena tempat, kalau aku pinjam barang lupa nak pulangkan, dan sebagainya. Yang tak elok, tolonglah tegur-tegur, ya. Duit raya jangan segan silu untuk hulur-hulur kat sini..haha :D


Selingan:

Kalau pasal CNBlue rata-rata orang ingat Yong Hwa je. Asal x org x berapa nk sedar pasal dia ni? Dia cool apa?!


1 comment:

Unknown said...

pggil "dia" je? xkn tatwnme kowt..