Assalamualaikum
Kejap je kan dah masuk bulan Syawal? Kalau untuk aku yang banyak masa lapang ni pun dah kira sekejap, apetah lagi untuk mereka yang sibuk sepanjang bulan Ramadhan, kan.
Janggal sangat ke bunyinye aku guna Bahasa Melayu ni? Takdela janggal mane, kan? Aku ni melayu jugak, okey. ;P
Banyak
yang kita semua lalui sepanjang Ramadhan, pahit, manis, kelat, masam,
semua tu harap2 dijadikan iktibar. Bagi aku, masa bulan Ramadhan dan
bulan Syawal paling banyak kot dugaan.
Ya,
bagi orang yang kenal aku, aku memang bukan jenis suka bagitau orang
perasaan aku. Contohnye kalau aku berdendam dengan kucing jiran, ataupun
kalau aku suka pakcik yang jual lemang, ataupun kalau aku sedih sebab
selipar aku hilang orang curi. Hmmm.. Kenapa eh? Mungkin sebab aku xnak
orang lain rasa apa yang aku rasa, mungkin aku tak berani nak percaya
dekat orang lain, mungkin tula cara terbaik untuk aku lupekan sume
bende? Haha sorilah aku memang kompleks sikit.
Tapi
kan, aku bersyukur sangat sebab Allah tak jauhkan aku daripada
mengingati Dia. Ada orang yang bila dilanda ribut, dia lupa yang dia
masih ada Allah, dan dia putus harapan dengan semua perkara.
Hmm..biasalah tu, mungkin aku pun pernah jugak macam tu satu masa dulu.
Tapi
kawan-kawan,abang kakak, pakcik makcik, ni nasihat untuk awak dan saya
sendiri (sopan dah..haha), dunia ni sekejap je, pejam celik pejam
celik,pejam.. satu hari nanti kita takkan celik2 dah sampailah tiba masa
untuk Allah bangkitkan kita balik. Dugaan dan cabaran tu memanglah
manusia biasa macam kita ni kena tempuhi, sebab Allah nak tengok layak
ke kita untuk jadi ahli syurga-Nya nanti. Yelah, kan sabar tu separuh
daripada iman..
Kadang-kadang
orang lain yang jadi dugaan untuk kita. Bertimbun-timbun kita buat
baik, naik lemak pulak dia. Hahahah...tapi kalau nak mulia di sisi
Allah, abaikan tu semua..sabar jelah, dan cuba maafkan dia. Ada satu
ayat Al-Quran yang bermaksud:
"All the Messengers whom We sent before, certainly, ate food and walked through the streets. We have made some of you (people) a trial for the others. Would you then exercise patience? Your Lord is All-aware." Surah Al-Furqan: 20
Masa aku baca ni
tersentap jugak tiba-tiba. Memang kena pada waktunya. Alhamdulillah,
Allah bagi petunjuk. Takde guna kita nak marah-marah, semua tu kan
amalan syaitan. Kita taknak jadi kawan syaitan kan? Nak mengadu apa-apa,
mengadulah dekat Allah. Sesungguhnya Dia Maha Dekat. Dalam surah Qaf, ayat 16:
"We verily created a man and We know what his soul whispereth to
him, and We are nearer to him than his jugular vein."
MasyaAllah.
Hmm
sempena bulan Syawal yang mulia ni, aku nak susun sepuluh jari memohon
maaf untuk semua dosa yang aku pernah buat dekat sesapa yang berkenaan,
kalau2 aku tak sedar aku pernah sakitkan hati sesiapa, kalau aku
bergurau tak kena tempat, kalau aku pinjam barang lupa nak pulangkan,
dan sebagainya. Yang tak elok, tolonglah tegur-tegur, ya. Duit raya
jangan segan silu untuk hulur-hulur kat sini..haha :D
Selingan:
![]() |


1 comment:
pggil "dia" je? xkn tatwnme kowt..
Post a Comment