I have been wondering about something for so long, but only just now that I started taking action in finding the answers. This is a random issue that I feel that I must prepare myself in case something like this lands into my life ;P
Situation:
There's someone you know who is sometimes very mean to you and sometimes very nice. (That person is so fickle)
Degree of meanness: to a degree that you feel like you won't forgive him/her.
Degree of kindness: to a degree that you think otherwise.
When it has reached a level when you feel like you can't take it anymore, how do you react to that person's kindness afterwards?
A. Just forgive them, and receive their kindness with an open heart, no matter if they start being mean again afterwards. Even during their "mean time", you still treat them nicely.
B. Stop forgiving and suspect that they have a hidden motive behind that sweet talk.
C. Forgive them for their past doings, but suspect that they have a hidden motive behind their sudden kindness.
D. Others
A good friend of mine told me to follow what Rasulullah (S.A.W.) did.
He said that when dealing a treaty with the Quraisy, he was fair, but when the Quraisy betrayed the treaty, our Prophet (S.A.W.) declared war (and lead to the Opening of Mecca).So my friend told me to be kind like Rasulullah (S.A.W.), but be wise in doing that. I made a conclusion from that, which is: in that kind of situation, I should know when to be kind and when to stand up for myself.
But I was still filled with questions, so I Googled "Sifat Pemaaf Rasulullah". And these answered my questions:
Sifat Pemaaf Yang Sering Dilupakan
KENAPA PERLU BERMUSUHAN: SIFAT PEMAAF YANG SERING DILUPAKAN.
SIFAT
pemaaf adalah satu daripada sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap
individu Muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan
keutamaan bersifat pemaaf yang disebut sebagai sifat orang yang hampir
di sisi Allah.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran, ayat 134)
Orang
yang bersifat pemaaf adalah golongan berjaya menahan nafsu amarahnya
terhadap orang lain tanpa ada rasa dendam dan rasa sakit hati.
Perasaan insan pemaaf selalunya bebas daripada perasaan buruk sangka dan dendam.
Salah
dan silap dalam sebarang tingkah laku yang berlaku sebelum ini akan
saling diberi kemaafan dengan melupakan apa juga kepahitan terjadi
dengan menganggapnya sebagai satu rencah kehidupan.
Setiap
individu Muslim juga perlu menyedari bahawa kebaikan kita kepada
seseorang tidak seharusnya akan lenyap begitu saja lantaran kejahatan
orang lain kepada kita seperti sikap Saidina Abu Bakar as-Siddiq sewaktu
berlakunya peristiwa berita dusta menimpa anaknya Aisyah yang juga
isteri Rasulullah SAW.
Umum
mengakui penyebaran fitnah dan pembohongan adalah satu perbuatan keji
yang boleh meruntuhkan kemakmuran dan keharmonian hidup insan
seluruhnya.
Lantaran itu, ketika berlaku peristiwa itu, Saidina Abu Bakar begitu marah kepada orang yang membuat fitnah berkenaan.
Saidina
Abu Bakar juga memberhentikan layanan baik yang diberikan kepada
sahabat handai serta rakan taulan yang terbabit dalam peristiwa
penyebaran khabar dusta itu.
Tindakan Saidina Abu Bakar itu tidak disukai Allah.
Lalu, turunlah wahyu yang bermaksud: “Dan
janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu
bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi pertolongan kepada kaum
kerabatnya, orang miskin dan orang yang berhijrah di jalan Allah.
Hendaklah mereka sentiasa memaafkan mereka dan berlapang dada. Apakah
kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah maha pengampun
lagi maha mengasihi.” (Surah An-Nur, ayat 22)
Demikianlah tegasnya Allah dalam menyempurnakan kehidupan hamba-Nya.
Sesungguhnya
putik kejahatan yang tumbuh sebenarnya hanya akan terus membangkitkan
persengketaan berterusan untuk tempoh masa lama. Sebaliknya jika
kejahatan itu di balas dengan kebaikan, nescaya akan padamlah api
kemarahan dan terurailah rasa dendam yang terpendam dalam diri.
Aisyah pernah menyatakan: “Rasulullah
SAW tidak pernah memukul sesiapa pun, tidak juga kepada isteri dan
pembantu Baginda, kecuali dalam berperang di jalan Allah. Dan dia tidak
pernah membalas sedikitpun kepada seseorang yang menyakiti hatinya,
kecuali dalam hal larangan Allah.” (Hadis riwayat Muslim)
Anas menceritakan:
“Ketika saya sedang berjalan bersama Rasulullah SAW dan pada waktu itu
Baginda sedang mengenakan selimut tebal dari Najran. Seorang Arab Badwi
mengetahui hal itu lalu menariknya dengan kasar sambil berkata: Hai
Muhammad, serahkan padaku harta Allah yang kamu miliki. Maka Rasulullah
pun tersenyum dan Baginda pun memakbulkan permintaan orang itu.” (Hadis riwayat Muttafaq Alaih)
Sifat
pemaaf juga suatu tarbiah kepada seseorang yang terlanjur melakukan
kesilapan dan kesalahan sehingga boleh membuatkan pelaku merasa malu,
seterusnya mula menyedari akan kesilapan tindak-tanduknya itu.
Marilah
kita sama-sama bermuhasabah dalam menangani konsep bermaafan ini.
Walaupun kalimah maaf sukar untuk dilafazkan, tapi berusahalah untuk
menjadi pemaaf. Beruntunglah orang yang memiliki sifat pemaaf kerana
dalam sifat pemaaf itulah terkandung kemuliaan, keberanian dan kekuatan.
|
I formed a new conclusion from that:
I should always forgive and do good to others no matter what they've done to me. And I should always see good intentions from others. As for standing up for myself, I should do it righteously. The uttermost importance is forgiving.
Subhanallah. Do I really have the strength to do that?
* By the way, that is how I conclude. I would really appreciate anyone giving your opinion about all this, because I really want to know. Guide me please? :3
3 comments:
i love this post... :)
syatrahhh! :) aku prefer kalo kita jadi seorang yang pemaaf. hehe,,ckp senang tp nak buat mungkin susah *bilatgksituasiitu* so, kau , aku kita berdoalah byk2 supaya boleh jd pemaaf. :) #opinion aku. peace. V
ezzat: thanks :), kalau kau ezzat, wht would u do?
fairuz comel: tu yg terbaiklah kan? :) mmg susah bg aku haha tp yelah, kite usaha sme2 ok? (: thank u so much, fairuz..
Post a Comment