Sunday, March 27, 2011

Apa Itu Cinta? >>(a title for a new cheesy novel that Nadhirah Zaib might fall in love with)

Alhamdulillah, aku sememangnye buat mase sekarang ni masih belum dikategorkan sebagai golongan OKU. Deria aku; mate, telinga, mulut sume memang perfect lah lagi en..Lainla kalau aku menjamah masakan Ashikin Fauzi..or pasni aku buat aksi stuntman terjun dari bumbung seperti arwah kucing abang aku yang bername Labu 9 tahun lalu T,T..tu lain citer..tapi aku rase dah banyak kali orang cakap yang aku ni pekak dalam pelbagai gaya bahasa dan nada:

Cik Namaku Tak Diingati: Kau ni pekak kan?
Encik Namaku Juga Tak Diingati: Kau ni pekak ke badak?
Izni Maizatul Azwa: Kau ni labang..*dengan intonasi mendatar
Cik Siut Jer Syatrah Nama Aku Kau Tak Ingat: Pegi Jumpe dokterlah..telinga kau bermasalah
Jack: Ya Allah die ni....* ayat kebiasaan golongan ibu-ibu

Cakaplah aku pekak ke buta ke bisu ke, aku tak kesahlah...secara harfiahnya, aku memang normal, tapi kalau bab-bab cinta ni....aku mengaku yang ketiga-tiga ciri kat atas tu memang ada kat aku..
Bukan tak pernah, aku pernah lalui benda camni...tapi tu dah bertahun-tahun dulu..ala budak kecik setahun jagunglah katekan..Encik Hormon, aku salahkan kau!
Semakin aku memanjang dan melebar, aku makin takde perasaan pulak..ayat ni hampir tiap-tiap orang yang aku jumpe akan cakap macam ni;

"Kau ni memang takde perasaan."

Ya, betul tu. Tuan-tuan dan puan-puan, saya memang takde perasaan, saya tak nafikan. Tapi jangan takutlah, aku normal, aku bukan LESBO ye, *jangan salah anggap pada group aku waktu kat PLKN-Nurellinna Anthony, Ainul Zaharah, Izni, Lina Puliti, Chumie, Ain-itu cuma gurauan kami semata-mata.:)) Kalau korang suruh sorang laki yang hensem  seperti Ashton Kutcher dan sorang perempuan yang cantik kalah Jessica Alba, ada TIGA possibilities yang aku akan buat;

  • Pandang lelaki hensem tu, bila dia blah aku pun sambung menongkat dagu sambil tidur.
  • Pandang perempuan cantik tu dengan mata berkaca-kaca sebab kagum dengan baju yang dia pakai.
  • Tak pandang sape-sape, tunduk bawah ke lantai sambil terkumat-kamit membaca; "Astarghfirulahalazim...Astrghfirullahalazim.." :DD
Nishikido Ryo :D
Horikita Maki :D



Aku NORMAL, ye,, cuma aku tak boleh suka orang dengan serius. Aku pernah suka seseorang, tapi tak lame lepas tu, perasaan aku mendatar balik. Waktu tu, satu fakta datang tepat kat muka aku : Aku tak suka dia. Bila aku fikir satu hari nanti aku finally ada serious relationship dengan seseorang, aku jadi geli plak ngan diri sendiri. HAHAHA. So, aku rasa, entah-entah aku kawen nanti pun mak bapak aku kot yang pilih hahaha. Korang doakanlah ye aku kawen ngan orang yang soleh..Hahahaha. 

Yang paling jelas kat aku sekarang ni, Syatrah, kau kena belajar pandai-pandai dulu, kejar cita-cita kau untuk jadi seorang doktor.
Nampaknya, mungkin ada hikmah aku takde perasaan. Mungkin Allah nak aku kejar cita-cita aku dalam hidup dulu. So, aku bersyukur menjadi Syatrah Abd Halim Yang Tak Berperasaan. Anda mau join??hahaha.:DD

9 comments:

Anonymous said...

syatrah.. aku nak join... ko terima x??

asya said...

Kau berperasaan dari dulu lagi...hahaha...kene praktis dulu r..hehe

Unknown said...

aku nak join.ko wajib terima!bhahaha

asya said...

Jiea bole join...ko special siket HAHAHA

Sarah said...

Hahaha.Syatrah..kau memang jenis "pekak" pun bab2 nih.Dari dulu sampai skarang..Tapi kau xpenah nak memekakkan diri kalau org lain cite pasal pasangan dorang.hehe=)

*Siap boleh kenakan org lain lagi tu.;)

asya said...

Hahahaha aku ada bakat jadi paparazzi en...igt eh..kalau kau bukak syarikat media,hire aku tros! ;DD komfem dapat citer2 mahal hehe

Unknown said...

waaa terharu siot ak spesel.hahahah

Sarah said...

Haha.kau tgk la syatrah.Aku jadi doktor,ada duit nanti aku buka studio wat magazine pasal perubatan.Kau ambil gambar2 pesakit kau ea..hahah

mieya alammi said...

haha!aku rase semua org pon macam itu kot cik syatrah.aku penah bace satu ayat nie au :"org yg hebat adalah org yg tak gedik2 nak cari cinta2 nie.mende tuh akan datang sendiri bila masa sesuai.rezeki kowt."
haha!