Friday, March 18, 2011

Kisah Ini Bukan Tentang Hujan, Tapi Siput Babi

Encik Siput Babi
Kisah seekor sipu babi..Nurellinna Anthony pernah tanya aku;
Ellinna: Kau rasa kenapa siput babi bila jalan kepalanya ke kanan dan ke kiri?
Syatrah: Pening kowt..
Ellinna: Salah, sebenarnya sebab dia tengah berfikir, aku ni siput *kepala ke kanan* ke babi *kepala ke kiri*
Hahahaha tulah die celoteh Ellinna yang berbagai-bagai X)

Tapi kan, cakap pasal siput babi ni, membuatkan aku teringat satu memori INDAH, jutaan terima kasih kat Nadhirah Zaib, sahabat BAIKku. Menyesal sungguh aku tak doa yang hari jadi aku tahun ni lebih selamat daripada tahun-tahun sebelumnye. Menyesal aku leka dengan fakta bahawa aku berada sama kem dengan SI DIA. Dengan itu, terjadilah TRAGEDI 12 MAC. Malam tu (11 Mac), kitorang ada dinner yang gempak kat Dewan Syarahan, makanannye ohh sungguh menjilat jari. Terima kasih kepada makanan tersebut, darah yang aku derma pada 5 Mac dah tertopup kembali (: Ok, saya sambung X))..oleh sebab petang tu aku dh pulun (ye ke) ngan buat keje Backdrop, malam tu, terlentanglah aku macam permaisuri kat atas katil serba selesa tu :DD. Memang tidur tak ingat dunialah. Doa tidur pun mungkin aku tak baca..sebab tulah, SEBAB TULAH pukul 5.30 aku terjaga dengan rasa melekit-lekit kat kaki aku. Aku bangun dari katil dengan perasaan lebih blurr daripada biasa, mata aku terkebil-kebil memandang benda asing 3 ketul kat tepi kaki aku. Description: hitam dan half solid, half liquid :P. Perkara pertama yang aku pikir dalam hati: "buduhnye kucing kat kem ni, pilih spot nak berak tu hati-hati lah sikit" So, dengan tenangnye aku turun dari katil dan berdiri..Bile aku rapatkan muke kepada benda asing tu dlm 15 cm, tibe2 bergerak pulak makhluk tu. Aiyerrr...SIPOT BABI RUPENYE! Ade 3 di kaki, 4 di bantal. Luxury sungguh tidurku X) Aku bersyukur yang aku dilahirkan tak suka menjerit-jerit, jadi aku TERmulakan pagi tu dengan sebutan: buduhbuduhbuduh...Astarghfirullahaazim...Q,kawan dari Sarawak yang tidur di sebelah katil aku pun terjaga, dan mulelah die :" Ape tu..Syatrah, kau berak ke?AIyyeeeRRRRR.Siput Babi!!!!!!!Aiyyerrr....Aiyyerrr....!!" Aku bersalah sebab mengesyaki Ellinna dan Ainul Zaharah Suhaimi yang tengah tidur nyenyak berhampiran, so aku kejutlah Ellinna dengan penuh lemah lembut..hohh boleh bersabar lagi ni.."Ellinna, kau ade letak siput babi kat katil aku ke?" Jawabnye dengan mamai: "Tak, tadi malam aku kutip satu yang besar dan letak di tandas aja". Serta merta, aku pukul dia sampai die sedar. Hahaha, Ellinna, Ellinna, sian die. Aku igt mmg die yg letak, rupenye die letak kat tandas je. Memang tak lain, tak bukan, Nadhirah lah saitan (bak ate Ellinna) yang sebenar. Aku baik, so aku cuma letak satu siput babi dalam kasut die. Yang lain aku pulangkan kat habitat asal. Tulah ceritanye...Thanks to Nadhirah, nilah Birthday aku yang paling aku takkan lupekan ;P



No comments: